Buku Popular - Gedung Buku Online Pilihan Anda

Authors

TERMA DAN SYARAT


PENDAFTARAN

1. Semua maklumat yang anda isi di Bukupopular.com ini adalah dirahsiakan dan tidak akan diberi kepada mana-mana pihak tanpa mendapat kebenaran daripada pemilik asal.

2. Sila pastikan semua maklumat yang perlu diisi adalah betul dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.

3. Setelah melakukan pendaftaran, anda akan menerima satu email daripada pihak Bukupopular.com untuk mengaktifkan akaun anda. Sila klik pada link yang diberi di dalam email untuk tujuan pengaktifan akaun.

4. Sila semak email daripada pihak Bukupopular.com samada di Folder Inbox atau Folder Spam selepas anda melakukan sebarang urusan.

Gambarajah Tatacara Membuat Pendaftaran

 

 

PESANAN

1. Pembeli dikehendaki mendaftar di Bukupopular.com sebelum membuat sebarang pesanan untuk memudahkan proses pembelian dan penghantaran.

2. Sila pastikan Nama, Alamat Penghantaran dan Nombor Telefon anda betul untuk memudakan lagi urusan.

3. Jikalau pihak pembeli telah membuat pesanan dan tidak membuat pembayaran dalam masa 7 hari dari tarikh pesanan dibuat, maka pesanan tersebut akan dibatalkan.

4. Jikalau buku yang dipesan tidak mempunyai stok, maka pihak Bukupopular.com akan menangguhkan proses penghantaran sehingga buku yang dipesan mempunyai stok. Kami berjanji akan terus membuat penghantaran setelah buku yang dipesan mempunyai stok.

 

PENGHANTARAN

1. Setiap pesanan yang mempunyai nama dan alamat lengkap, bayaran mencukupi dan mempunyai stok akan diproses dalam masa 2-7 hari (Hari Bekerja) daripada tarikh pesanan dan pembayaran diterima.

2. Setiap pesanan akan dikirimkan menggunakan khidmat Pos Ekspress atau Pos Laju.

3. Sekiranya anda tersilap menghantar maklumat mengenai proses penghantaran, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan semasa proses penghantaran dan anda dikehendaki menanggung semula kos penghantaran untuk kali kedua.

4. Oleh itu, sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul.

 

CAJ PENGHANTARAN

1. Anda akan menerima jumlah pembayaran daripada pihak Bukupopular.com setelah pesanan diterima oleh pihak kami.

2. Jangan buat sebarang pembayaran, sebelum pihak Bukupopular.com menentukan jumlah pembayaran.

3. Untuk melihat kadar caj yang dikenakan untuk pengeposan, sila klik :  www.pos.com.my

 

CARA PEMBAYARAN

1. Bukupopular.com menyediakan kaedah pembayaran yang mudah, berkesan dan selamat untuk anda. Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat peribadi perbankan anda di laman web kami. Oleh itu anda tidak perlu risau akan keselamatan pembayaran tersebut.

2. Pembayaran adalah Melalui Perbankan Internet atau di Kaunter Bank - Maybank, CIMB Bank, Bank Rakyat dan AmBank.

3. Pihak Bukupopular.com akan menghantar Nombor Akaun Bank-bank seperti di atas melalui E-mail beserta dengan kos pembayaran.

4. Sila simpan slip pembayaran yang telah anda lakukan untuk rujukan apabila diperlukan.

5. Berikut adalah senarai bank-bank yang menerima pembayaran bagi pihak Bukupopular.com.

a) Maybank

b) CIMB Bank

c) Bank Rakyat

d) AmBank

* Jikalau anda menggunakan sistem Perbankan Internet, sila masukkan email ini di ruangan Email Penerima : admin[at]bukupopular.com (sila ubah simbol [at] dengan @)


( Nota: Sila SMS maklumat pembayaran seperti Bank, Kod Pesanan, Nama Pembeli, Tarikh, Masa, Jumlah Bayaran ke Nombor 013-233 2151 )

Format SMS : CIMB, #000003, Ali Ahmad, 14.07.09, 1.30pm, RM52.10



STATUS PESANAN / PENGHANTARAN

1. Pihak Bukupopular.com akan menghantar email kepada pihak pembeli apabila berlaku sebarang perubahan kepada status pesanan atau login di http://www.bukupopular.com untuk menyemak status pesanan anda.

2. Pembeli boleh membuat semakan status pesanan Kiriman Pos Ekspress / Pos Laju menggunakan sistem di bawah :-

        * Semakan Kiriman Pos Ekspress

        * Semakan Pos Laju 



LAIN-LAIN

1. Terma dan syarat-syarat mungkin akan berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan tanpa diberitahu terlebih dahulu.

2. Jika anda ada sebarang masalah dan kemuskilan mengenai terma dan syarat-syarat diatas, sila hubungi kami.

3. Diharap pengunjung dan pembeli berpuashati dengan layanan dan servis yang ditawarkan oleh pihak Bukupopular.com.


HomeHome

Cart  

(empty)

New products

No new product at this time

Top sellers

  • A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
  • UNTUKMU UMAT
A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
Cara mudah belajar memotong dan menjahit baju...
UNTUKMU UMAT
MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai...
KAIT JARUM SATU
Kait Jarum Satu ialah buku panduan mudah untuk...
KOLEKSI SULAMAN MANIK
TANPA menghadiri sebarang kelas, KOLEKSI...
BELAJAR MENJAHIT
Belajarlah membuat pakaian yang cantik ini -...

All best sellers

Specials

No specials at this time


ShoutMix chat widget