Buku Popular - Gedung Buku Online Pilihan Anda

Viewed products

Authors

PSIKOLOGI ORANG BERJAYA


Ketahui ciri-ciri jiwa dan cara berfikir manusia pejaya. 

More details


RM27.00

Availability:

1 item in stock

Warning: Last items in stock!

Loyalty program By buying this product you can collect up to 2 reward points as a voucher of RM0.40. Your reward points.



Judul Buku : Psikologi Orang Berjaya
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Pengarang : Ainon Mohd
ISBN : 978-983-3586-67-7
Muka Surat : 304 halaman
Kategori : Bisnes & Pengurusan / Pembangunan Kerjaya
Harga : RM 27.00
Berat : 420 g


Ketahui ciri-ciri jiwa dan cara berfikir manusia pejaya.  Buku ini ditulis dengan tujuan utama supaya pembaca memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenaan syarat-syarat menjadi orang yang berjaya. Maka menjadi tujuan penulisan buku ini hendaknya perkara ini dapat diperbetuli sedikit sebanyak. 

Daripada Pengarang   
Bab   1: Milik Siapa Kejayaan?  
Bab   2: Psikologi Pejaya  
Bab   3: Prestasi di Sekolah dan Kejayaan   
Bab   4: Konsep Diri dan Kejayaan   
Bab   5: Estim dan Kejayaan  
Bab   6: Orientasi Waktu dan Kejayaan  
Bab   7: Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan  
Bab   8: Sikap Optimis dan Kejayaan  
Bab   9: Pemantauan Diri dan Kejayaan   
Bab 10: Efikasi dan Kejayaan   
Bab 11: Dorongan dari Dalam   
Bab 12: Halangan dari Dalam   
Bab 13: Penampilan dan Kejayaan   
Bab 14: Karisma dan Kejayaan   
Bab 15: Kreativiti dan Kejayaan   
Bab 16: Ganjaran sebagai Pendorong Kejayaan    
Bab 17: Masalah dan Kejayaan   
Bab 18: Pengaruh Psikologi Ketua ke Atas Kejayaan   
Bab 19: Daya Pengaruh dan Kejayaan   
Bab 20: Menjadi Ketua yang Berjaya   
Bab 21: Kesalahan dan Kejayaan   
Bab 22: Apa Itu yang Dinamakan Kejayaan   


Seseorang itu disebut sebagai ‘pejaya' bukan disebabkan beliau sudah berjaya, sebaliknya istilah itu diberikan kepada individu yang memiliki ciri-ciri psikologi yang ada pada individu yang amat mengingini kejayaan.

Dalam bidang pendidikan, kita menyangka barang siapa  lulus cemerlang di sekolah mahupun di universiti akan berjaya juga di tempat kerja dan begitu juga sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ibu bapa dan sekolah terlalu mementingkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Ibu bapa mementingkan prestasi peperiksaan sehingga tidak menyangka pendidikan nilai lebih besar pengaruhnya pada kejayaan di tempat kerja berbanding dengan berapa ‘A' yang tercatat di dalam slip peperiksaan SPM anak-anak. Dalam bidang pekerjaan pula, ramai majikan, terutama dalam sektor kerajaan, yang masih terus menunjukkan kekeliruan begini apabila mereka memilih calon pekerja yang mempunyai kelas ijazah satu berbanding dengan calon yang men-dapat ijazah kelas tiga.
Dalam bidang pembangunan keusahawanan pula pihak-pihak yang berfungsi membangunkan calon-calon usahawan dan peniaga di kalangan masyarakat Bumiputera, di dalam kursus-kursus yang disediakan, terlalu mementingkan aspek-aspek teknikal dunia perusahaan dan perniagaan sehingga mengabaikan aspek-aspek psikologinya. Di dalam bidang motivasi pula, yang kini bergiat rancak di negara kita, para motivator banyak menekankan aspek pembangunan semangat dan kecekalan sahaja, seolah-olah kedua-duanya itulah faktor yang menjadi syarat utama kejayaan.
Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat dan kecekalan. Buku ini adalah usaha sederhana untuk menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang amat mempengaruhi kejayaan. Ini bukanlah buku terbaik, tetapi mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem keutamaan mereka dalam me-ngejar kejayaan.

No customer comments for the moment.

Only registered user can post a new comment.

Cart  

(empty)

New products

No new product at this time

Top sellers

  • A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
  • UNTUKMU UMAT
A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
Cara mudah belajar memotong dan menjahit baju...
UNTUKMU UMAT
MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai...
KOLEKSI SULAMAN MANIK
TANPA menghadiri sebarang kelas, KOLEKSI...
KAIT JARUM SATU
Kait Jarum Satu ialah buku panduan mudah untuk...
BELAJAR MENJAHIT
Belajarlah membuat pakaian yang cantik ini -...

All best sellers

Specials

No specials at this time


ShoutMix chat widget