Buku Popular - Gedung Buku Online Pilihan Anda

Authors

A-Z MENJAHIT BAJU MELAYU


Belajar memotong dan menjahit baju melayu.

More details


RM34.00

Availability: This product is no longer in stock

0 item in stock

Loyalty program By buying this product you can collect up to 3 reward points as a voucher of RM0.60. Your reward points.



Judul Buku : A-Z Menjahit Baju Melayu
Penerbit : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Pengarang : Atikah Abd. Halim
ISBN : 978-967-61-2382-4
Muka Surat : 128 halaman
Kategori : Resepi
Harga : RM 34.00
Berat : 620 g

PRAKATA

Baju melayu merupakan pakaian warisan budaya masyarakat Melayu yang juga pakaian tradisional negara Malaysia. Selain dipakai semasa majlis tertentu seperti kenduri, majlis perkahwinan dan hari raya, baju ini turut dipakai untuk ke majlis rasmi seperti penyampaian hadiah, mesyuarat dan sebagainya.

Kebiasaannya, baju melayu dipakai berserta dengan seluar baju melayu. Walau bagaimanapun, baju melayu juga sesuai dipadankan dengan kain sarung untuk menghadiri acara-acara biasa seperti solat berjemaah di surau atau masjid dan juga majlis ilmu.

Senario hari ini, lebih ramai individu mengupah orang menjahit pakaian berkenaan berbanding mencuba sendiri. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara termasuk kekangan masa. Pun begitu, tidak dinafikan masih ada individu yang suka mencuba. Maka atas kesedaran yang ada, penulis terpanggil untuk mendokumentasi dan menyebarkan ilmu menjahit pakaian warisan ini agar tidak lapuk ditelan masa.
Selamat mencuba!

KANDUNGAN

PENGENALAN

Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang
Fabrik Baju Melayu
Alatan yang Diperlukan untuk Jahitan Asas
A. Alatan memotong
B. Alatan mengukur dan membentuk
C. Alatan menanda
D. Alatan menekan dan menggosok
E. Bahan untuk menjahit
Menyusun Pola pada kain

MENGUKUR DAN MENJAHIT BAJU MELAYU

BAJU MELAYU
Kaedah Mengukur Badan Lelaki
Melakar Ukuran Yang Perlu Diukur
A. Melakar rajah untuk dicatat ukuran baju sahaja
B. Melakar rajah untuk dicatat ukuran seluar sahaja

Melakar Pola
Cara melakar pola badan hadapan/belakang
Cara melakar pola pesak
Cara melakar pola kekek
Cara melakar pola tangan

Menjahit Pesak dan Kekek
Leher Baju Melayu Teluk Belanga
Kaedah melakar pola lubang leher teluk belanga
Kaedah menjahit leher teluk belanga
Menjahit kemasan tulang belut pada leher baju melayu teluk belanga

Leher Baju Melayu Cekak Musang
Pola baju melayu cekak musang bahu mendatang
Kaedah menebuk lubang leher cekak musang
Tetulang cekak musang
Tetulang ceongsam
Kolar cekak musang   
Kolar ceongsam   
Lubang butang   

Kocek Tampal   
Kaedah menyedia dan menjahit kocek tampal   
Cara melakar dan menanda kedudukan kocek pada badan baju   
Kaedah menjahit kocek pada badan baju   
Menjahit Pesak dan Tangan Dengan Badan Baju   

SELUAR BAJU MELAYU   
Ukuran Yang Diperlukan   
Cara melakar pola hadapan seluar   
Cara melakar pola belakang seluar   
Kaedah Membuat Pola Pada Fabrik   
Kaedah Menjahit Seluar   
Menyediakan Fly   
Kocek   

Pinggang Seluar   
Cara membuat pinggang pengeras dan getah seluar baju melayu
Langkah-langkah menjahit pinggang seluar   
Langkah-langkah menjahit cangkuk tanam   

BIODATA PENULIS   


BAJU MELAYU TELUK BELANGA DAN BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Baju melayu cekak musang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Pakaian ini dipakai oleh kaum lelaki, menjadi lambang kebudayaan bangsa Melayu dan mempunyai unsur keagamaan Islam. Setiap hari Jumaat, ramai jemaah memakai baju melayu untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Sambutan hari raya tidak indah tanpa memakai baju melayu, mereka daripada pelbagai lapisan usia mengenakan baju melayu dalam pelbagai warna yang menarik.

Baju melayu cekak musang adalah sama seperti baju melayu teluk belanga atau baju kurung Johor yang begitu popular dalam kalangan rakyat negeri Johor. Perbezaan baju ini terletak pada bahagian lehernya sahaja. Baju teluk belanga mempunyai bentuk leher seperti baju kurung dan dibuat kemasan jahitan tulang belut dipadankan dengan butang yang khas.

Baju cekak musang mempunyai sejenis kolar yang tinggi menegak dan dibelah bahagian hadapannya serta dibuat kemasan tetulang. Kedua-dua jenis baju ini mempunyai tiga kocek - satu kocek kecil di bahagian atas kiri dan dua lagi di bahagian bawah baju, kiri dan kanan. Tetulang bawah lebih kecil daripada tetulang atas, bahagian tetulang atas dan bawah akan ditebuk lubang butang. Butang khas baju melayu cekak musang dipasang pada lubang butang, biasanya dibuat 4 butang atau 5 butang.

Bahagian badan baju melayu cekak musang boleh dijahit seperti baju teluk belanga atau baju kurung, ia boleh juga dipotong bahu seperti baju kemeja. Bahagian pesak, kekek dan kocek adalah sama seperti baju teluk belanga. Baju melayu teluk belanga dipadankan dengan samping di bawah baju yang dikenali sebagai "dagang luar".

No customer comments for the moment.

Only registered user can post a new comment.

Cart  

(empty)

New products

No new product at this time

Top sellers

  • A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
  • UNTUKMU UMAT
A-Z MENJAHIT BAJU KURUNG
Cara mudah belajar memotong dan menjahit baju...
UNTUKMU UMAT
MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai...
KAIT JARUM SATU
Kait Jarum Satu ialah buku panduan mudah untuk...
KOLEKSI SULAMAN MANIK
TANPA menghadiri sebarang kelas, KOLEKSI...
BELAJAR MENJAHIT
Belajarlah membuat pakaian yang cantik ini -...

All best sellers

Specials

No specials at this time


ShoutMix chat widget